Monday, 20 October 2025

Kerana Mulut, Badan Binasa

 Dalam konteks aku, kerana mulut, reputasi/trustworthy binasa.


Pengajaran betul kali ini.


Pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya meluahkan rasa ketidakpuasan hati tentang seseorang kepada rakan sepejabat yang dianggap rapat. 


Jangan sesekali berkongsi, terutama hal top secret.


Tiada "rakan" sepejabat. Mereka dan kau adalah pekerja di pejabat mu. Bukan "kawan". Jangan sesekali jadikan kawan.


Selepas ini, jangan bergossip tentang sebarang ketidakpuasan hati kepada orang lain. Jika mereka boleh bergosip bersamamu, percayalah, kau pun boleh jadi bahan gossip!


Itulah sebabnya, aku selama ini introvert dan tidak bergaul dengan kawan sepejabat. Hatta makan pagi atau tengahari aku sentiasa seorang, lonely forever, tidak berteman. Rupanya perkara itu banyak menyelamatkan aku. Biar dikata kera sumbang asal tidak bergaul dengan orang-orang fake yang mempunyai agenda dan kepentingan mereka sendiri.


Keadaan aku berubah setelah aku mula menjawat jawatan penting di pejabat. Aku kena banyak bergaul dan urusan kerja memerlukan aku lebih terbuka kepada semua orang!


Apapun, mulai saat ini, aku akan hanya jaga tengkuk ku sendiri, dan jaga reputasi ku dimata pegawai penyelia ku. Persetankan semua yang lain!


WARRIOR AND SURVIVAL MODE ON!!

Wednesday, 6 November 2024

People Are Like Garbage Truck?

 

“Many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they look for a place to dump it. And if you let them, they’ll dump it on you. So when someone wants to dump on you, don’t take it personally. Just smile, wave, wish them well, and move on. Believe me. You’ll be happier.”


I hope when the time comes, I can be strong.."just smile, wave, wish them well and move on"

Toxicity

 Terjumpa petikan ni:


"No matter how lonely your journey gets, never reinvite toxic people back into your life again"


Aku harap aku kuat....

Aku harap..aku kuat kali ini..

Bantu aku ya Allah....

Binasa di tangan sendiri

Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah..


وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

(Surah al-Baqarah: 195)

Manusia ini degil. 

Aku manusia. Termasuklah aku.

Sengaja menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan.

Aku hampir binasa..

Aku harap aku tidak terlewat untuk memperbaiki diri..

Aku harap Allah bantu aku.. 

Tiada siapa-siapa yang akan faham apa yang berlaku ke atas aku. Hanya aku, dan Allah..

حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Masa untuk kembali ke jalan Allah.. masih tidak terlewat..selagi nyawa masih ada..

Moga Allah terima taubat ku..


Kerana Mulut, Badan Binasa

 Dalam konteks aku, kerana mulut, reputasi/trustworthy binasa. Pengajaran betul kali ini. Pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya meluahk...